Akademi Usahawan Wanita (AWE) yang dilaksanakan di 11 negeri sejak empat tahun lalu telah memberi manfaat kepada 240 usahawan wanita tempatan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata program yang bermula sejak 2020 itu telah memberi kesan positif kepada lebih 12,000 individu dalam komuniti usahawan wanita.